Sikap Pemurah Rakyat Malaysia Antara Punca Pengemis Sukar Dibanteras

Leave a Comment

Sikap Pemurah Rakyat Malaysia Antara Punca Pengemis Sukar Dibanteras

Sikap rakyat Malaysia yang pemurah dan mudah simpati dengan kesusahan orang menyebabkan aktiviti pengemisan di Malaysia sukar dibanteras, kata Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM) Rosman Khan Zainul Abidin Khan.

Beliau berkata walaupun JKM telah melakukan usaha berterusan untuk membendung kegiatan itu seperti menjalankan operasi bersepadu dan yang terbaharu melalui pelancaran Kempen 'Henti Memberi Kami Prihatin', namun kegiatan itu masih terus berlaku.

"JKM adalah agensi yang bertanggungjawab menjalankan penguatkuasaan undang-undang mengikut Akta Orang Papa 1977," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis menyerahkan risalah dan pelekat kenderaan di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.

Rosman berkata pengemisan boleh ditakrifkan sebagai apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, berpura-pura menyanyi, bermain, berlakon dan menawarkan sesuatu untuk jualan.

Beliau berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja dirasakan tidak memadai tanpa usaha-usaha pendidikan kepada masyarakat dan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

Sumber : Sinar
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: