3 Tetamu Majlis Kenduri Kahwin Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan

Leave a Comment
3 Tetamu Majlis Kenduri Kahwin Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan

Hidangan ayam masak merah dipercayai menjadi punca tiga tetamu meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah.

Mangsa ialah Mohd Nor Rahmat Yusuf berumur 11 tahun, Nurshazana Mohd Rashid berumur 24 tahun dan Ibrahim Mohamad berumur 62 tahun.

Dua lagi lelaki termasuk seorang kanak-kanak berada dalam kritikal di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

35 orang masih menerima rawatan di HSAH, 30 orang lagi dirawat di Hospital Yan, seorang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan empat orang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di HSB.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: