Beruang Gollum dijumpai di Bintangor Sibu dikuarantin

Leave a Comment
Beruang Gollum dijumpai di Bintangor Sibu dikuarantin

Kecoh sebelum ini mengatakan bahawa terdapat beruang yang menyerupai watak makhluk Gollum seperti mana yang ditonton melalui filem The Lord of the Rings. Sehubungan dengan itu, beruang tersebut telah pun dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit yang berdekatan dengan Bintangor, Sibu.

Tambahan pula, Beruang Gollum tersebut telah pun dikuarantin di Klinik Haiwan beretempat di Pusat Hidupan Liar Matang.

Perkara sebegini dilakukan kerana pemeriksaan awal telah mendapati bahawa Beruang Gollum tersebut mempunyai simptom-simptom jangkitan penyakit.

Beruang tersebut yang merupakan Beruang Matahari atau mengikut nama saintifiknya iaitu Helarctos Malayanus akan dikuarantin di antara dua hingga empat minggu untuk memastikan spesis tersebut akan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: