Permohonan Kemaskini Matrikulasi Bermula 10 Februari 2016

Leave a Comment
Permohonan Kemaskini Matrikulasi Bermula 10 Februari 2016

Permohonan kemaskini Matrikulasi bermula 10 Februari 2016 bagi sesi 2016/2017 akan dibuka. Berita berkenaan Matrikulasi ini adalah mulai 10 sehingga 24 Februari 2016.

Pelajar-pelajar bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 yang sebelum ini telah memohon diingatkan untuk mengemaskini maklumat menerusi laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon mesti memasuki ruangan e-perkhidmatan berkala yang boleh didapati melalui laman web tersebut. Pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran SPM sahaja.

Tambahan pula, keputusan untuk memasuki Matrikulasi bakal dikeluarkan 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi.

Para pelajar atau pemohon tidak lagi perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi. Keputusan SPM akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan selepas keputusan diumumkan.

Permohonan kemaskini Matrikulasi bermula 10 Februari 2016 iaitu pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran sekiranya berjaya dalam permohonan. Surat tawaran bakal dikeluarkan secara dalam talian.

Bahagian Matrikulasi juga boleh dihubungi melalui 03-88844083/4036/4040 iaitu pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: