Tambang Promosi AirAsia Serendah RM39 Bermula 18 April 2016

Leave a Comment
Tambang Promosi AirAsia Serendah RM39 Bermula 18 April 2016

Tambang promosi AirAsia serendah RM39 bermula 18 April 2016 adalah berita terbaik yang patut direbut oleh orang ramai. Ianya perjalanan sehala termasuk cukai untuk ke Pulau Pinang, Johor Baharu, Alor Setar, Kota Bharu dan Terengganu.

Tambahan pula, syarikat penerbangan AirAsia juga menawarkan penerbangan dari RM99 sehala termasuk cukai untuk ke Siem Reap, Pattaya dan sebagainya.

Perjalanan ini akan bermula dari 1 Oktober 2016 sehingga 22 Mei 2017. Ianya boleh ditempah melalui di laman web AirAsia, peranti iPhone dan Android serta laman mobile AirAsia.

Promosi yang berlaku selama seminggu ini membolehkan pemilik AirAsia Big boleh meraih mata BIG Points berganda semasa menempah tiket promosi di laman web AirAsia.

Tawaran perkhidmatan ke lebih 100 destinasi di 22 buah negara ini pasti membuatkan lebih ramai pengguna dapat merancang perjalanan yang terbaik.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: