Penyanyi Yuna Diiktiraf Malaysia Book of Records

Leave a Comment
Penyanyi Yuna Diiktiraf Malaysia Book of Records

Berita yang hebat diketahui bahawa Penyanyi Yuna diiktiraf Malaysia Book of Records. Yunalis Zarai mendapat pengiktirafan ini hasil daripada album R&B pertama artis tempatan yang menduduki senarai 10 tangga teratas Carta Billboard di Amerika Syarikat.

Yuna yang berumur 29 tahun berada di carta tersebut melalui album terbaharu yang berjudul Chapters.

Beliau telah menerima pernghargaan tersebut melalui Pengarah Operasi Malaysia Book of Records iaitu Christopher Hw Wong semasa sesi bertemu peminat di Berjaya Times Square.

Sekarang ini Yuna telah bernaung dengan syarikat rakaman Verve Music Group di bawah penerbit muzik terkenal iaitu David Foster yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: