Permohonan Pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Leave a Comment
Permohonan Pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Berita terbaru berkenaan dengan permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Ianya dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau menyerahkan permohonan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Tambahan pula, selesai penyerahan dokumen pendaftaran, beliau memaklumkan kepada pemberita nama parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

BERSATU akan dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin adalah sebagai Presiden Parti. Tun Dr. Mahathir merupakan orang yang paling layak untuk menjadi pengerusi berdasarkan kepada hasrat beliau untuk membantu dari segi perjuangan parti.

Pada sesi penyerahan tersebut, presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman, bekas pemimpin Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin dan aktivis pelajar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut hadir.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: