Juruterbang Jet Wanita Pertama di China Maut

Leave a Comment
Juruterbang Jet Wanita Pertama di China Maut

Berita terbaru berkenaan dengan juruterbang jet wanita pertama di China maut. Wanita tersebut sebelum ini telah dinobatkan sebagai juruterbang jet pejuang wanita pertama di negara China yang maut dalam insiden udara.

Juruterbang yang bernama Yu Xu berumur 30 tahun dan seorang juruterbang lelaki telah terhempas di negara China. Juruterbang wanita tersebut tidak sempat keluar dari pesawat pada masa yang tepat.

Tambahan pula, juruterbang lelaki yang bersama-sama wanita tersebut sempat keluar dari pesawat dan telah terselamat. Mangsa mengemudi jet pejuang J-10 ketika kejadian jet terhempas tersebut berlaku.

Yu Xu merupakan anak kelahiran di Chengdu yang merupakan sebahagian daripada Pasukan Akrobatik Udara August 1. Mangsa juga adalah juruterbang wanita pertama yang berkebolehan untuk menerbangkan jet pejuang domestik di China.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: